Sunday 10 April 2011

Dari berlian jadi Kaca, lentur semula jadi Berlian

AlKisah di sebuah perkampungan berhampiran di sungai Indus terdapatseorang yang sangat kaya raya kerana memiliki ladang dan dusun yang sangat luas. Setiap malam beliau yang bernama Ali HAfiz tidak henti-henti menggucapkan syukur ke hadrat Ilahi.Pada suatu hari seoarang lelaki yang banyak mengkaji sejarah silam datang menziarahinya dan berkata" apabila kamu berjaya memiliki berlian walaupun sebesar ibu jari, kamu mampu membeli sebuah negara dan apabila kamu dapat memiliki sebuah lombong berlian kamu dapat menguasai dunia."

          Sejak itu siang malam beliau tidak dapat tidur nyenyak kerana asyik memikirkan bagaimana utk memperolehi beerlian tersebut.Akhirnya beliau memutuskan utk menjual semua ladang dan dusunnya serta meninggalkan ahli keluarganya  untuk merantau mencari lombong berlian. Setiap lautan diredahi, setiap gunung di daki, dari sebuah negarake sebuah negara tetap tidak ketemu lombong berlian, akhiranya Ali Hafiz kecewa dan putus asa sehingga mencampakkan dirinya ke dalam laut.

          Sementara pembeli ladang dan dusunnya suatu ketika dahulu menikmati hasil yang sangat lumayan.Sedang dia bersiar-siar di dusunnya dia berehat di tepian sungai tidak jauh dari situ, kelihatan suatu yang memncar dari arah pasir. Lalu dia mencedok pasir tersebut dan menyerahkan kepada lelaki yang banyak mengkaji kisah silam. Lelaki tersebut terkejut kerana mendapati pasir itu mengandungi berlian yang sgt tinggi nilainyadan berlian itu juga yang dicari-cari oleh ali Hafiz. Ali HAfiz membuang masa, wang, dan tenaga untuk keluar mencari  berlian sedangkan berlian yang berharga berada di ladangnya.Hasil dari penemuan itu dusun yang pada asalnya dimiliki oleh Ali Hafiz bertukar menjadi sebuah lombong berlian yang sangat besar dikenali pada hari ini dikenali sebagai lombong Golcanda.

          Mmmmmm...mcm mana kisah tadi ye anak-anak,adik kakak,tuan puan..

          Kisah tersebut diibaratkan seperti kita yang menganut agama Islam. Kita tak tahu, tak sedar, tak ambil kisah atau buat tak tahu bahawa agama yang kita anuti sejak berzaman ini adalah lombong berlian yang tidak ada tolok bandingnya dengan ajaran agama yang lain. Saudara-saudara seIslam kita hari ini berbondong-bondong meninggalkan adat Melayu dan adab Islam mencari kemulian dengan mengikut budaya asing. Mereka mengagumi isme-isme sesat yang bercanggah dgn Islam dan berbangga dapat mengikut cara hidup barat.Akhirnya mrk lemas dan hancur. Apabila kita membiarkan diri, keluarga dan saudara mara seIslam kita degan menjauhkan diri dari nikmat ini (ISLAM) maka tunggulah kehancuran dan kehinaan seperti dalam surah TAHA 124 : "Sesiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami menghimpunkan pada hari kiamat ddalm keadaan buta".

          Penyakit sosial yang melanda masyarakat kita hari ni jgnlah kita seperti lagu bangau oh bangau sering menuding jari ke arah orang lain. Masing-masing ada tanggungjawab untuk berkata TIDAK kpd ZINA, KHALWAT,LUMBA HARAM,ARAK,PENGUNDI HANTU,PEMBUANGAN BAYI,DSB..

          Kerosakan yang semakin meruncing ini boleh diperbaiki selagi kita bersatu dan bersama  utk mengubah seperti surah YUSUF 90 Allah berfirman "Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan."

No comments:

Post a Comment