Saturday 9 April 2011

7 Formula Individu Cemerlang

Formula 1 : Kenali Kehebatan dan Potensi Diri

          Sesungguhnya untuk mencapai sebuah kejayaan perlu mencari rahsia dan formula sama ada kejayaan di dunia mahupun di akhirat.Ia tidak berlaku secara magis mahupan spontan tetapi formula ini perlu dikorek dari khazanah Ilahi Al-Quran yang mementingkan perubahan dalaman.Ia mementingkan iman serta kebersihan hati.Dari sini dapat menangkis segala bisikan yang menyesatkan.

          Saudaraku yang diredhai Allah,
          Pernahkah anda mendengar atau membaca The making of Humanity oleh Robert Briffault yang memuji umat Islam dengan berkata" Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di tangan orang-orang arabdan Islam Sepanyol dan bukannya di tangan orang-orang Eropah." sambungnya lagi '" Konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama manusia dan persamaan hak di kalangan manusia termasuk hak bersuara merangsang beberapa kejadian penting dalam sejarah seperti Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan ke arah kemerdekaan di negara-negara Latin , sebenarnya konsep iini bukan hak cipta masyarakat Barat tetapi sebenarnya ajaran yang dihayati oleh orang islam yang bersumberkan Al-Quran. Besar kemungkinan tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali."

          Nah! banyak lagi pengiktirafan Barat terhadap umat Islam. Kegemilangan yang dikurniakan Allah kepada kita sebagai umat Islam wajib di syukuri, kalu tidak nikmat akan bertukar bala dan azab.Itu sebab sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W adalah golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta mensyukuri nikmat-nikmat ini. Pada suatu ketika, seorang lelaki bertanya kepada nabi berkenaan sifat manusia yang terbaik. Nabi S.A.W bersabda " Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling pandai membaca al Quran, paling bertaqwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling bersungguh-sungguh mencegah dan paling suka menghubungkan silaturrahim". Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, an-Nasaindan al-Hakim.Melalui 5 perkara ini para sahabat nabi berjaya menguasai dunia kerana mereka bukan menganut Islam malah berbangga dengan cara hidup Islam.

No comments:

Post a Comment